Mesyuarat Senat Universiti

/Mesyuarat Senat Universiti
Mesyuarat Senat Universiti 2018-05-08T08:09:54+00:00

INFO :

Senat Universiti adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan tertakluk kepada statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan, pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.

Keahlian Senat Universiti terdiri daripada Naib Canselor selaku Pengerusi, Pendaftar sebagai Setiausaha, semua Timbalan Naib Canselor, semua Dekan Fakulti dan semua ketua Kampus Cawangan, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institusi Universiti. Selain itu, turut dilantik menjadi ahli Senat Universiti ialah profesor sepenuh masa yang dipilih oleh Profesor dan Profesor Madya sepenuh masa Universiti dan lima orang daripada Universiti yang diko-opt oleh Naib Canselor. Pendaftar, Ketua Pustakawan, Bendahari dan Penasihat Undang-Undang pula menjadi ahli ex-offocio tetapi tidak berhak mengundi dalam mesyuarat Senat. Urus Setia Mesyuarat Senat Universiti adalah Ketua Bahagian Pengurusan Akademik.

BIDANG KUASA :

  • Untuk menubuhkan Fakulti, Sekolah, dan Institut Akademik dan Jabatan, Unit atau Badan Fakulti, Sekolah, Akademik dan Institut.
  • Dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang.
  • Menggubal dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan di dalam, oleh atau dari Universiti.
  • Untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus-kursus yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti.
  • Untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan yang berkaitan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau akan dijalankan di dalam, oleh atau dari Universiti.
  • Untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti.
  • Untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan dan menentukan rayuan itu.
  • Menggubal dasar untuk melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan professional.
  • Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.

TAKWIM :

BIL. MESYUARAT

TARIKH

HARI

MASA

Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-103 Bil. 1/2018

7 Februari 2018

Rabu

9.00 pagi – 5.00 petang

Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-104 Bil. 2/2018

4 April 2018

Rabu

9.00 pagi – 5.00 petang

Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-105 Bil. 3/2018

6 Jun 2018

Rabu

9.00 pagi – 5.00 petang

Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-106 Bil. 4/2018

15 Ogos 2018

Rabu

9.00 pagi – 5.00 petang

Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-107 Bil. 5/2018

10 Oktober 2018

Rabu

9.00 pagi – 5.00 petang

Mesyuarat Senat Universiti Kali Ke-108 Bil. 6/2018

12 Disember 2018

Rabu

9.00 pagi – 5.00 petang

 *Tertakluk kepada perubahan
◊ Sila klik untuk download Takwim MSU –>  

◊ Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik.