Latar Belakang

/Latar Belakang
Latar Belakang 2018-05-25T08:54:37+00:00

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Bil. 7/2018 pada 6 Mac 2018 telah bersetuju meluluskan pengukuhan dan penjajaran struktur dan fungsi beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) yang diantaranya dengan menubuhkan PTj baharu iaitu Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik berkuatkuasa mulai 16 April 2018. Penubuhannya adalah untuk memenuhi hasrat agar kecemerlangan akademik di USIM diletakkan dibawah satu PTj dalam melancarkan penyusunan strategi dan penilaian pencapaiannya serta usaha penambahbaikan berterusan.

Mesyuarat JKPU Bil. 11/2018 pada 2 Mei 2018 telah bersetuju meluluskan governan Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik berkuatkuasa mulai 2 Mei 2018 iaitu seperti berikut:

Akronim QAPEX
Nama PTj Dalam Bahasa Inggeris Centre for Quality Assurance, Policy and Academik Excellence
Bahagian 1.   Bahagian Pengurusan Kualiti dan Pentadbiran

2.   Bahagian Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli

3.   Bahagian Dasar dan Kecemerlangan Akademik

4.   Bahagian Jaminan Kualiti dan Akreditasi

Penubuhan QAPEX yang diletakkan dibawah portfolio YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) adalah berobjektifkan seperti berikut:

  1. Membudayakan Sistem Pengurusan Kualiti
  2. Memperkasakan agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) antara multidisiplin
  3. Membekalkan kelompok bakat ahli akademik terbaik secara konsisten
  4. Melahirkan kecemerlangan ahli akademik melalui dasar strategik dan sistematik
  5. Memastikan jaminan kualiti dan akreditasi akademik memenuhi syarat dan peraturan

Mulai tarikh penubuhannya QAPEX diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, selaku Pengarah dan disokong seramai 13 orang staf yang merangkumi jawatan-jawatan berikut:-

  • Timbalan Pengarah                  : 2 orang
  • Pegawai Tadbir, N52                : 1 orang
  • Pegawai Tadbir, N44                : 2 orang
  • Pegawai Tadbir, N41                : 1 orang
  • Pegawai Penyelidik Sosial, N41: 1 orang
  • Pembantu Tadbir (P/O), N19    : 5 orang termasuk 1 orang menjalankan tugas Setiausaha Pengarah
  • Pembantu Operasi, N11           : 1 orang

Ruang pejabat QAPEX adalah bertempat di Aras 1, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan kini dalam proses ubahsuai ruang dalam memastikan objektif penubuhan QAPEX dapat direalisasikan demi mendokong halatuju USIM dan Agenda Kampus USIM: Kampus Barakah.