Kursus Pengenalan iNaQ Staf Pentadbiran

///Kursus Pengenalan iNaQ Staf Pentadbiran

Nilai, 14-15.02.2018 – Seramai 39 orang kakitangan Pentadbiran USIM telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ yang telah diadakan di Galeri HEP. Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.

Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Encik Muhamad Haizuan Rozali, Pendaftar, USIM untuk membimbing dan berkongsi ilmu kepada peserta.

2018-05-07T11:24:53+00:00