Kursus Pengenalan iNaQ FPSK & FPg

///Kursus Pengenalan iNaQ FPSK & FPg

Nilai, 28-29.03.2018 – Seramai 53 orang kakitangan FPSK dan FPg telah menghadiri Kursus Pengenalan iNaQ yang telah diadakan di Bilik Kuliah Al-Quds, FPg. Kursus selama dua hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas integrasi ilmu naqli & aqli di USIM. Di samping itu dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang kepentingan  pelaksanaan integrasi ilmu naqli dan aqli di USIM.

Seramai 6 orang panel jemputan yang berpengalaman telah di jemput termasuk Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah Pusat Pengembangan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (PIINA) untuk membimbing dan berkongsi ilmu kepada peserta.

2018-05-07T12:07:55+00:00