KURSUS METODOLOGI PENYELIDIKAN

//KURSUS METODOLOGI PENYELIDIKAN

Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX) akan menganjurkan Kursus Metodologi Penyelidikan (Berteraskan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4- 11 Julai 2018 (6 hari)
Masa   : 8 Pagi – 5 Petang
Tempat: Bilik Seminar, Aras 4, Bangunan Perpustakaan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Kursus ini terbuka kepada semua orang awam dan warga USIM .

Objektif kursus ini adalah:

1.   Membimbing dan memberi panduan, pendedahan serta keyakinan mengenai proses penyelidikan kepada para peserta kursus untuk lebih bersedia mengikuti pengajian di peringkat pasca ijazah (sarjana atau kedoktoran), khususnya pengajian yang berbentuk penyelidikan dan tesis sepenuhnya

2.   Memberikan makluman kepada peserta kursus berkenaan tatacara pengurusan penyelidikan khususnya bagi perkara-perkara yang berkaitan peraturan cuti belajar, hubungan penyelia, laporan prestasi dan kemajuan penyelidikan.

3.   Melatih peserta untuk menyediakan cadangan penyelidikan yang sempurna dan berkualiti di peringkat pasca-siswazah bagi tujuan mendapatkan tempat pengajian dan biasiswa cuti belajar

Pihak penganjur akan menyediakan:

  • Sijil
  • Noto Softcopy & hardcopy
  • Makan pagi dan tengah hari

Yuran dan Kaedah Pembayaran

Yuran adalah sebanyak RM600 seorang

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Secara Tunai di kauter Bendahari USIM, Aras 2,
    Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia,
    Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
  2. Pesanan Tempatan (local order)
  3. Cek / Bank Draf/ Wang Pos atas nama BENDAHARI USIM
  4. EFT/MEPS IBG
    Beneficiary Name : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    USIM A/C No        : 05058010008884
    Bank                        : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Pembayaran hendaklah diselesaikan setelah menerima pengesahan pendaftaran daripada pihak urus setia kursus. Pendaftaran sebagai peserta boleh dibuat dengan menggunakan borang di bawah. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada urusetia sebelum atau pada 6 Julai 2018.

email urus setia:
arhaida@usim.edu.my
sarinamdjaafar@usim.edu.my

ATUR CARA KURSUS

Borang Pendaftaran/ Persoalan mengenai kursus

Tujuan

Kaedah Pembayaran Yuran (RM600 seorang)

2018-06-13T14:16:04+00:00