F.A.Q

/F.A.Q
F.A.Q 2018-05-30T10:14:49+00:00
Definisi integrasi ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) ? 2018-05-30T10:27:03+00:00
  • Integrasi ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) ialah penjanaan ilmu baharu Islami melalui proses paduan antara ilmu wahyu dengan ilmu berasakan akal yang dilihat terpisah akibat fahaman Sekularisme. Integrasi antara dua ilmu ini bersifat Rabbani, Syumul, Jama’ie, Wasati, Irsyadi dan Warathi.
Adakah semua kursus layak untuk menerima sijil kehadiran? 2018-05-30T10:12:10+00:00

Sijil hanya akan diberi untuk kursus wajib.

Bagaimanakah cara mendaftar kursus? 2018-05-30T10:21:54+00:00

Bagi staf usim, pendaftaran kursus dalaman hendaklah melalui system mytrams. Pemohonan bukan daripada staf usim hendaklah melalui http://qapex.usim.edu.my/permohonan-kursus/.

Apakah kursus yang wajib di sertai bagi mendapatkan kelayakan tertentu? 2018-05-30T10:22:51+00:00
Bagaimanakah Governan dan Pembangunan Modal Insan di USIM dapat dikaitkan dengan iNaQ? 2018-05-30T10:05:03+00:00
  • Penganjuran Kursus pembangunan kakitangan berteraskan iNaQ antaranya:
    • Program Eksplorasi Qalbu
    • kursus Program Transformasi Minda (PTM)
    • Kursus kefahaman dan perlaksanaan iNaQ
    • Kursus Qalb-Guided
Apakah yang dimaksudkan dengan Graduan Integrasi Ilmu Naqli & Aqli (GIINA)? 2018-05-30T10:24:10+00:00
  • Graduan yang dihasilkan bersifat holistik, seimbang dan berkeusahawanan melalui program-program yang mempunyai elemen iNaQ.

Rujukan: http://hep.usim.edu.my/pengenalan-model-giina

Bagaimanakah Penyelidikan dan Inovasi di USIM dapat dikaitkan dengan iNaQ ? 2018-05-30T10:24:57+00:00
  • Penganjuran The Exposition on Islamic Innovation (i-Inova) dan Pertandingan Rekacipta Dan Inovasi Islam (i-REKA) yang mempamerkan inovasi iNaQ

 

  • Penganjuran seminar berteraskan iNaQ antaranya:
    • Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT)
    • Seminar Warisan Nabawi
    • Seminar Sistem Ekonomi Islam (iECONS)
    • International Conference on Islamic Leadership, Humanities, Akidah and Media (iLHAM 15)
Bagaimanakah iNaQ dapat diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) di USIM ? 2018-05-30T09:35:53+00:00
  • Penubuhan Fakulti berteraskan iNaQ antaranya:
    • Fakulti Ekonomi & Muamalat,
    • Fakulti Syariah & Undang-Undang
    • Fakulti Kepimpinan & Pengurusan.

 

  • Penawaran program akademik berteraskan iNaQ antaranya:
    • Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia
    • Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat
    • Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
    • Sarjana Muda Perbankan dan kewangan islam

 

  • Penawaran kursus wajib universiti antaranya:
    • Pengajian Halaqah
    • Bahasa Arab
    • Akidah Islamiah
    • Prinsip Pengurusan Peniagaan

 

  • Penerapan 4 mustawa iNaQ dalam 30% daripada kursus-kursus yang ditawarkan dalam program iaitu:
    • Ta’sil (Pengayatan)
    • Muqaranah (Perbandingan)
    • Takyif (Adaptasi)
    • Takamul (Integrasi)
Apakah perbezaan antara ilmu Naqli dengan ilmu Aqli ? 2018-05-30T10:19:47+00:00
  • Ilmu Naqli ialah ilmu wahyu yang meliputi ilmu Quran, Hadis, Feqah, Aqidah dan Tasawwuf.
  • Ilmu Aqli ialah ilmu akal yang diperoleh daripada perhatian dan penyelidikan seperti ilmu Sains tulen, komunikasi, kaunseling, multimedia, perubatan, pergigian dan lain-lain.