Aluan Pengarah

/Aluan Pengarah
Aluan Pengarah 2018-06-27T13:29:39+00:00

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah (swt), Solawat dan Salam diucapkan kepada junjngan besar Nabi Muhammad (saw) dan para ahli keluarga baginda. Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kunjungan semua ke laman rasmi web QAPEX.

Kecemerlangan sesebuah universiti banyak bergantung kepada nilai-nilai mulia dan profesionalisme para ahli akademiknya dan ekosistem pengurusan pendidikan yang efisen serta efektif. Perkhidmatan yang berkualiti tinggi pula dilihat daripada kualiti semasa kakitangannya serta kesediaan mereka untuk sentiasa menerima bimbingan dan latihan.

Dalam mencapai matlamat ini, Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik (QAPEX) berusaha untuk menjadi satu pusat yang akan menyediakan sokongan kepada semua ahli akademik dengan penganjuran latihan dan kursus dalam pelbagai tajuk, penyaluran maklumat mengenai dasar dan polisi berkaitan akademik serta menjadi pusat rujukan dalam aspek jaminan kualiti untuk semua warga USIM.

Semoga informasi yang dimuatkan di dalam web ini dapat memberi maklumat asas, tepat dan cepat untuk kemudahan warga USIM dalam merangka perancangan pembangunan program akademik dan pembangunan kecemerlangan para ahli akademik. QAPEX juga mengharapkan laman web ini akan turut memberi pengenalan kepada konsep dan kerangka Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) yang merupakan tunjang utama kepada ekosistem pendidikan di USIM.

Akhir bicara, saya menjemput semua warga USIM dan pengguna halaman web ini untuk memberi sebarang pandangan dan maklum balas bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan QAPEX pada setiap masa.

Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani
Pengarah
Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia